SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM
32 Jalan Limpoon, 83000 Batu Pahat, Johor. Tel & Fax : 07-4323500
Sunday, November 1, 2015
URL FROG VLE SK TEMENGGUNG IBRAHIM PENGGARAM
KLIK DISINI UNTUK KE URL FROG VLE KAMI
Friday, July 10, 2015
Tuesday, July 7, 2015
Lencana
SK TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM
32 JALAN LIMPOON,
83000 BATU PAHAT, JOHOR
LIRIK LAGU SEKOLAH
SKTIP 2X
Temenggong Ibrahim Penggaram
Bermula di sekolah ini
Belajar, membaca, mengira
Sematkan ikrar, gandakan usaha
Untuk mencapai cita-cita
Untuk nusa, bangsa dan agama
Berjaya, 3x
c/o
Berilmu, beramal, berjasa
Cogan kata kita
Doa ibu dan bapa
Guru dipinta
Bidang pelajaran, sukan , persatuan
Kami tak mahu ketinggalan
Harumlah namamu setiasa
Temenggong Ibrahim Penggaram
SEJARAH SEKOLAH
1938 Temenggong Ibrahim Primary Girls School ditubuhkan. Bergambung dalam satu kawasan bersama Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim.
1957 Tapak penempatan Temenggong Ibrahim Primary Girls School dibahagian kepada dua kawasan. Blok Cempaka untuk Sekolah Menengah dan Blok Teratai untuk sekolah rendah.
1959 Kerana keperluan untuk menampung jumlah pelajar yang ramai oleh SM Temenggong Ibrahim, maka Temenggong Ibrahim Primary Girls School terpaksa menumpang di bangunan SK Tengku Marian secara bergilir- gilir pagi dan petang.
1963 Sementara itu High School Primary Batu Pahat yang terdiri drp murid lelaki ditukarkan nama kepada Batu Pahat Primary School.
1964 Murid- murid sekolah Batu Pahat Primary School telah diagihkan separuhnya ke SK Limpoon 2 dan sebahagiannya bercantum dengan Temenggong Ibrahim Primary Girls School dan terus ditukar nama kepada Sekolah Rendah Temenggong Ibrahim ( TIPS )
Murid-murid TIPS terdiri dari murid-murid lelaki dan perempuan dan diterajui oleh Datin Tan Kim Neo sebagai guru besar.
1936 SK Penggaram pula ditubuhkan dan guru besar pertama bernama Raden Mohamad B Radin Chik.
1973 SK Seri Pelangi bercantum dengan SK Penggaram. Guru Besar SK Penggaram pada masa itu ialah En Ismail B Endin. Manakala GB SK Seri Pelangi pula Pn Khadijah Bt Andullah sebagai Guru Kanan. Kerana keperluan bilik darjah, 1985 satu bangunan dua tingkat telah dibina bagi menampung keperluan tersebut. Namun semakin lama, bilangan pelajar SK Penggaram semakin merosot.
1 Januari 1989 Secara rasminya SK Temenggong Ibrahim Penggaram (SKTIP) ditubuhkan hasil pengabungan dua sekolah iaitu SK Penggaram dan TIPS. Tapak kawasan sekolah SK Penggaram telah digunakan untuk ( SKTIP ).
Tn Hj Zainal B Jamsari ialah Guru Besar SKTIP yang pertama manakala Guru Besar SK Penggaram pula bertukar ke sebuah sekolah di Daerah Muar.
SENARAI GURU BESAR SK TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM
Tn Hj Zainal b Jamsari 01.01.89 – 19.08.89
Yang Mulia Raja Shahdan B Ishak 01.10.89 - 14.07.90
Tn Hj Ayob B Mohamad 15.07.90 - 15.07.92
Tn Hj Mohd Taufik B Hj Md Akip 16.07.92 - 11.03.94
En Ahmad B Mohamad 10.05.94 - 05.05.98
Pn Hj Jamaliah Bt Ahmad 01.06.98 - 16.07.07
Tn Hj Idris B Hj Selamat 17.07.07 - Sekarang
APAKAH 1BESTARINET DAN FROG VLE ?
1bestarinet
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.
Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.
Kebanyakan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan banyak masa diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses maklumat sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar melalui frog VLE. Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat belajar dalam kalangan generasi muda ini.
Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk:
Mengakses platform frog VLE
Mengakses emel peribadi Yes
Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.
Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di mana jua.
APAKAH FROG VLE?
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsepvirtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
VISI SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI | |||||||||||||||||||||||
Kami berhasrat untuk merealisasikan Misi sekolah kami dengan terus berusaha dan memastikan ; | |||||||||||||||||||||||
1. | Pencapaian kurikulum, kokurikulum dan sasiah | 5. | Panitia matapelajaran berfungi dengan berkesan | ||||||||||||||||||||
sentiasa cemerlang. | 6. | Pusat Sumber sekolah sentiasa berfungsi dan | |||||||||||||||||||||
2. | Mengamalkan gaya pengurusan yang telus; | efektif; | |||||||||||||||||||||
3. | Disiplin guru, kakitangan dan murid sentiasa | 7. | Hubungan ibubapa/penjaga dengan guru akrab. | ||||||||||||||||||||
terkawal; | |||||||||||||||||||||||
4. | Persekitaran dan tempat kerja yang kundusif; | ||||||||||||||||||||||
Subscribe to:
Posts (Atom)